----

----
----

Friday, May 22, 2009

Tetiba je aku ade mood nak update.....Layan kan aje....

Aku nak update blog. Tapi setiap kali aku nak updet, mesti aku takde idea. setiap kali aku ade idea, mesti aku maleh nak updet blog. Isk...tak paham betol la.... Skang ni En.TeMmon takde kat rumah, berpoya2 dengan sahabat handai beliau. Aku pulak berpoya2 dengan internet. Sebelah kiri laptop, sebelah kanan TV, cite terminator 3. Naik teleng kepala aku mengadap 2-2. Tamak haloba sungguh!

Aku penat sekarang ni. Dah 6 bulan aku tak drive, tetiba aku kena drive sendiri ke opis. Sebelum ni syok je jadi mem besar menyandar sebelah driver. huhuhu........ Dah la kereta banyak. Aku pulak kena gerak awal. Tak daya la aku kalo kena paking jauh jauh, lepas tu menapak ke ofis. kalo dulu takpe la...kalo sampai lambat, En.TeMmon hantar aku betul2 depan lif, dia yang kena menapak sengsorang.....sekarang, tidak lagi!..huhuhu... dalam 8.30am aku kuar rumah, kul 9.10 sampai ofis. Tak kisah lah paking teduh ke panas ke...yg penting tak perlu menapak...penah jugak aku mintak reserve paking kat pakgad. tapi pakgad tu gelakkan aje. Cis cis cis. Ingat aku memain ke? Takpe la......

Sekarang ni dah 6 bulan 1 minggu. Perut semakin membesar. Bukan perut aje yang besar. Segalanya pun sibukkk nak naik besar sama. Tensen gua! Baju kurung tentulah dah tak muat. Dalam segala tgh nak membesar ni, aku tetap gagah menapak pergi lunch kat terminal. Memang la semput. Tapi sekali dalam sehari tu kena la jugak exercise. huhuhuhu.... Nampak gaya nya, bila dah bebetul tak larat nak menapak pergi lunch, aku kena bawak bekal laaaa............ tentu la kena masak. Ke ade yang nak tolong masakkan? hohohoho

Sekarang ni, asal aku tidur sekejap kat surau ofis tu, ade je tangan yang raba raba perut aku. Masing2 nak merasa baby aku tendang. Aku memang tadahkan aje.....Lantak korang la, asalkan bahagia. Esok2 dia dah besar, aku suh dia tendang korang betol2. nak??

Isk..best pulak terminator ni... Ganggu tumpuan aku je. Dah la.. aku nak mengangkang depan tv pulak. Lenguh pulak duduk depan laptop.... huhuhu.....

Note: En.TeMmon, dah kuar poya2 tu...belikan lah sesuatu untuk daku...babymu tgh lapoooo... huhuhuhu...

Saturday, May 02, 2009

Oh.....kenyang sungguh daku hari ni.....

2 Mei 09....mentang mentang la cuti panjang, berebut la semorang nak buat kenduri kan.........yang aku ni plak pantang plak kalo ade yg jemput, laju je nak pegi makan free. Hehehehe... Tu yang sampai naik juling bijik mata nak pilih kenduri mana boleh terjah. Last2, dua dua kenduri aku terjah. 1 kat ipoh, satu kat penang. Macam dekat je kan...........

1st kenduri, aku n en.temmon pegi ipoh, dari alor staq.... Tersengguk sengguk aku tahan ngantuk dalam keta, konon nak teman en.temmon la kannn... Last last die jugak yg terbuntang biji mata, drive sengsorang. Hohoho



Ni time kat ipoh. Cantik sungguh dikau, zaree. Nasib baik aku smp awal, sempat la jumpa geng geng sekolah aku dulu. Sume dh besar panjang......pastu berebut nak raba perut aku. Aku ape lagi. Tadah je lah......

Pastu masing2 la suh aku doa dorg cepat kawen...aku pon layan la budak2 pra-matang tu...terus la tadah tangan doa utk dorang...ade kot berkatnya doa time orang tgh dok sibuk tepung tawar pengantin. Hohoho

Sayangnya, aku tak boleh lama...sbb nak terjah umah abg keon pulak' kat kepala batas. Senior 'hot' time belaja kat uia dulu. Hahahaha....hot ke?



Sampai kat umah pengantin dah kul4.30 pm....walau dh tak ramai org tp still ada berapa kerat yg sama2 tgh dok menyumbat perut. Aku telan je suma makanan yg ada...nasik....cendol...roti arab.....semua lh..laksa je tak sempat, sbb perut aku meronta2 tak mau disiksa lagi.... "cukup2 la tu...." kata sang perut.

Kesimpulannya, perjalanan hari ini amat kenyang dan letih dan mengantuk. Habis separuh dari usia remaja aku dok dalam kereta je..... Persoalan nya, remaja ke?