----

----
----

Wednesday, April 20, 2011

Selamat Hari Lahir, suami.

20.4.2011

Hari ni adalah birthday en.temmon... Kali ke 3 sambut sebagai laki org. Eh,laki aku la..., kali ke 2 sambut sebagai bapak budak.

Sepanjang hidup dengan beliau, memang takda rungutan dari aku. Wahaha. Tapi gaduh gaduh manja tu ada la.... Sedangkan batu di jalanan pun tersepak, ini kan pula laki sendiri. Eh. (Maafla.. tersepak kamu malam semalam, nasib baik sempat gi toilet. hahahaha)

Sekarang ni,en. Temmon sedang sibuk merancang sumber ekonomi untuk keluarga. Memandangkan anak anak pun dah bertambah, tahun depan tambah lagi...tahun depan depan tambah lagi....kata nak 7 orang, kannnn... wahahahha... Jadi beliau sekarang ni sangat gigih. Patik hanya mampu doakan kamu berjaya, ya.. Patik, Alia serta adik jadi pom pom girl dan pom pom boy je lah ye..

Cukup lah di sini. Aku cuma nak ucapkan:

Selamat Hari Lahir
Senyum senyum selalu
Sihat sihat lah selalu
Semoga panjang umur dan murah rezeki
Sayang kamu!

Semua tu ayat biasa orang wish birthday kan. Haha.
Semalam dah ajar Alia cakap "Hepi besday abah". Mula-mula je beliau layan, lepas tu beliau lupa pulak. huhuhu... takpe lah. Balik kang kita nyanyi pulak. hohoho

Habis.

Oh ya! Besday u time gaji tak masuk lagi da.. Wrong timing. Tunggu bonus 2 minggu lagi ye. Lalalala... Buat masa ni, bagi kasih sayang je lah ye.. Teeheee...

"Abah...hepi besday! Hari ni balik awal ye.." <- Adik dlm perut cakap sambil mama breakfast makan nasi goreng..

Habis lagi sekali.

Thursday, April 14, 2011

Entry mengisi masa lapang

Tau tak apa benda yang paling aku risau kan time mengandung?
...serangan si mengkarung!

Ni bukan mengkarung yang macam cicak atau sesumpah tu. Yang ni sakit kat kaki. Time dia tarik tu, rasa nak tertanggal 1 kaki. Huhu. Aku pun hairan kenapa serangan ni selalu kena kat orang yang mengandung. Selalunya asyik nampak orang bersukan je kejang kaki. Apa pulak persamaan orang bersukan dengan orang mengandung. Mushkil aku.

Masa aku pregnant awal2 trimester dulu, en.temmon ada la ura ura nak kena anta g india. Aku redo je la. Takda la pulak nak risau, sapa nak hantar aku g hospital? Sapa nak teman time aku beranak? Sapa aku nak kontek kalo emergency? Sapa nak belanja aku breakfast mcd? Eh.

Yang aku sangatt risauuu, sapa nak tolong aku time en.mengkarung serang? Takkan nak suruh alia. Takkan nak suruh aunty nor jiran rumah?..

Nasib baik beliau tak jd pegi india. Haha

Zaman aku anak dara dulu, mak aku selalu kena.. Selalunya time tidur. Mak dengan arwah abah aku dulu suka lah sangat tidur depan ruang tamu. Elok juga lah,sebab boleh teman aku tengok tv time malam malam buta. Kadang2 time tengah syok tengok tv, mak aku tetiba jerit.

"Abang! Kaki! Kaki!"

Sambil tunjuk kat kaki. Abah aku dengan mamai,mata terpisat pisat, pasrah je urut kaki mak aku. Tolak tolak tapak kaki. Picit picit. Sampai sakit tu hilang. Aku yang kat sofa terkejut kera,tapi tengok je lah. Aku mushkil, sakit sangat ke sebab macam nak menangis dah mak aku. Pelik pelik..

Bila aku mengandung kan alia dulu pun, selaluu sangat kena. Sakit oOoo.. Lagi sakit dari beranak. (beranak kan pakai bius. Tak sakit pun. Haha). En. Temmon la jadi mangsa tolong betulkan kaki aku. Kalau sorang2, memang sampai pagi lah aku meraung.. Bila mengandung anak ke dua ni,aku semakin berjaga jaga. Kalau time mengeliat ke, aku kena slow slow. Kalau tak, memang kena dah..... So,kali ni baru 2 kali aku di serang. First, masa aku ajar alia buat tarian kaki. Sambil baring,aku suruh dia angkat kaki kanan, sambil pusing2 hujung kaki. Dia pasrah je ikut. Tetiba, terus mengkarung tu serang. Tak tunggu dah, terus aku jerit minta tolong kat en.temmon. Yang mendatangkan marah, beliau siap gelak2 lagi sambil urut. Alia pulak macam hairan.

'Apehal mak aku ni,tadi ajar menari, ni dia yang jerit.'

Haha. Kelakar muka alia time tu. Yang kedua,kena semalam. Tengah2 malam tadi, aku bangun nak slow kan aircond, baru nak capai remote, diaaa datangg lagii... En.temmon lg jadi mangsa. Mamai2 dia tarik aku suh bangun, urut2. Pasrah je beliau. Alia pulak terus terbangun tido. Maap la.. Mama bising sikit semalam. Awak mengandung nanti, awak pulak jerit2 tengah malam. Suruh laki awak urutkan ye. Wahaha..

Ni, sampai sekarang sakit kat betis aku ni. Risau pulak aku kalau kena time drive sorang. Memang masakk la aku kalau kena...