----

----
----

Wednesday, June 22, 2011

Selamat sebulan faris aiman!

Sejak dah berjaya mendownload aiman pada 22 may hari tu, memang dah tertutup pintu hati aku dengan dunia blogging ni. Hehe. Ok tipu. Sebenarnya tak sampai seru lg nk update,lgpun penat nak mengadap blog,baik layan movies. Buat rugi je mendonlod beratus ratus muvie kalo xlayan time berpantang ni kan..

Ok. Kembali ke topic asal. Hari ni dah 22/6/11. Aiman dah genap sebulan. Makin ensem beliau. Wah! Sapa lg nak puji kalau bukan mak sendiri. Hehe.. Masa lahirkan aiman adalah sedikit hazab.. Sebabnya aku lupa macamana rasa sakit nak bersalin.. Boleh?

Ahad pagi tu,dalam kul 12am aku dah terasa sakit2 dah.. Tapi macam malas nak amik kisah. Nak tidur pun kejap2 terjaga sebab sakit perut contraction, tp sebabkan takda air ketuban or darah yang keluar lg, aku rilek je dulu, sampai lah jam 4 pagi, dah tak tahan, duduk hujung katil menahan kesakitan. Cadang mmg nk kejutkan en.temmon, tapi kesian kat alia pulak nak kena g hospital pagi2 buta. Huhu. Tapi kul 4.30 pg, en.temmon terbangun tido, so kitorg decide nak g hospital tapi gerak pelan pelan. Time tu jugak la baru nak packing baju mama dan baby. Huhu. 5 pagi kitorg sampai hospital, aku tggu en.temmon kat pintu masuk sementara beliau cari parking,tp tetiba aku rasa nak beranak sgt dah, terpaksa lah naik sendiri cari nurse. Tak rela aku kalau tetiba masuk paper esok ada orang beranak dpn pintu masuk sjmc. Huhu. Bila naik je,terus nurse bawa ke labour room, check pintu rahim, rupanya dah 9cm kauu. Nasib baik tak terberanak kat rumah. Terus nurse call doktor. Sementara nk tunggu lagi 1cm tu, nurse bg aku sedut dadah gas tu tp time tu aku dah jadi tak reti nk sedut.. Time aku nk beranak tu, en.temmon kena jaga alia kat luar,sbb dia taknak kat nurse. Huhu. Terpaksa la beranak sorang2. Doktor sampai kul 5.20, kul 5.30 aku dah beranak. Kejap sangat. Sbbnya, dadah tu tak sempat nak serap sepenuhnya dlm bdn aku, rasa sakit tu buat aku lg gigih meneran. Kali ni memang rasa betul2 time baby tu keluar..time alia dulu tak rasa apa2 sbb dah lalok. Byk sgt sedut gas. Huhu. Time aiman ni seolah2 aku beranak tanpa bius. Sakittt tapi puas. Hehe

Lepas beranak tu, dekat 2 minggu jugak aku tak boleh duduk. Jahit banyak sgt.. Macam2 cara aku try nk hilangkan sakit tu. Telan pain killer, telan active fast, tungku kt luka, taruh minyak angin..last2 aku sapu gamat, dalam 3,4 hari hilang sakit. Legaaa. Baru lah boleh jalan2 tgk tv kt bwh, kalau tak, terbaring je 24/7. Gila bosan plus sakit berdenyut denyut. Hoho.
Sekarang ni, dah sebulan pun. Dah nak habis pantang dah.. Alia pun aku angkut sekali blk kampung. Letih gak jaga 2 budak bila time sorang2.. Nak harap kan opah je, sian beliau. Makcik2 alia boleh la tolong mandi kan dia..salin pampers..pastu main kejap.. Pastu dua dua hilang dlm bilik. Ampehh.. Kalo dua2 tido, dpt la rehat skit. Kalau takk..jenuh nk layan. Alia tu aku hadapkan je laptop cite kartun.. Tu yg aku xdpt nk hapdet blog. Guna henset mana feel.. Laptop tu dh jadi dia punya. Sampai la kul 12 malam. Baru tau nk tido.. Aiman pulak kul 4pagi dah bgn. Sampai azan subuh. Wowowo. Bila gua dpt tido? Nk tgk muvie lg.. Baca novel lg.. Nan hado! Huhu

Ok. Dah la. Nak pujuk alia tido jap.. Sementara opah jaga aiman.. Daa..

Note: semoga ayah mertua aku cepat sembuh. Boleh main dgn cucu2.